Saturday, September 26, 2009

EM(Effective Microrganism)



Apakah EM?


Biasa minum yogurt, vitagen, yakult, ABC kultur.....ini semua adalah ‘bakteria baik’ terdapat dapat minuman tersebut. Kita sudah tahu minuman ini bagus untuk sistem pencernaan kita dengan mengawal pertumbuhan ‘bakteria jahat’ dalam sistem pencernaan. Kaedah ini digunakan pula pada sektor pertanian, perikanan dan penternakan bagi menghasilkan produk yang bermutu dan tiada kesan sampingan. Penggunaan racun serangga, baja kimia, disinfektan dan antibiotik boleh tinggalkan kesan yang negetif pada pengguna seperti kanser dan pelbagai kompilasi lain. Untuk makluman anda EM ini digunakan pada semua sistem pengurusan projek and sebagai contoh Peternak Kambing, EM ini boleh digunakan dari awal seperti disembur pada kandang, lantai, bumbung, tiang, dan kawasan sekeling. Diberi minum, sembur pada kambing dan juga tahi @tinja kambing. Dengan hanya guna satu produk sahaja untuk semua pengurusan.....Amat Menguntungkan!!!Apakah kandungan dalam EM atau Probiotik?Probiotik @ EM adalah suplemen diet yang mengandung bakteria yang berguna dengan asid laktik bakteria (lactic acid bacteria – LAB) sebagai mikrob yang paling umum dipakai. LAB telah dipakai dalam industri makanan bertahun-tahun kerana mereka mampu untuk mengubah gula (termasuk laktosa) dan karbohidrat lain menjadi asid laktik.Probiotik @ EM bermaksud bakteria baik atau ‘bakteria baik’. Apabila didefinisikan secara lengkap, probiotik @ EM adalah kultur tunggal atau campuran dari mikroorganisme hidup yang apabila diberikan ke manusia atau ternakan akan berpengaruh baik kerana probiotik @ EM akan merencatkan pertumbuhan bakteria patogen/bakteri jahat yang ada di usus manusia/ternakan.


KEBAIKAN PENGGUNAAN EM

  • Menjimatkan kos ubatan dengan mengurangkan penggunaan antibiotik
  • Produk yang dihasilkan bebas daripada kesan-kesan sampingan
  • Produk yang mesra alam
  • Tingkatkan tumbesaran ternakan dan tanaman
  • Mudah digunakan
  • Menghilangkan bau ammonia
  • Megurangkan pembiakan lalat
  • Mengurangkan Kadar Tukaran Makanan (FCR)
  • Penghasilan baja organik atau kompos


PENGGUNAAN EM UNTUK…..

1. Semburan pada luar dan dalam reban (spraying within shed)

2. Air minuman (drinking water)

3. Makanan (feed)

4. Tempat pijak atau tempat tidur (animal bedding)

5. Rawatan kolam takungan najis


TERNAKAN RUMINAN SEPERTI KAMBING DAN LEMBU


Amat berkesan untuk ternakan ruminan seperti kambing kerana boleh menambah jumlah ‘bakteria baik’ dalam sistem penghadaman seterusnya dapat meningkatkan tumbesaran dan ketahanan terhadap penyakit. Lebih effektif pada ternakan lembu bagi menambah ‘bakteria baik’ dalam usus untuk mempercepatkan proses pencernaan dan menambah selera makan ternakan. Kehadiran bakteria ini akan mempercekapkan kadar pertukaran makanan (FCR) dan ini akan menjimatkan makanan dan memendekkan masa ternakan.Semburan pada najis lembu juga boleh menghasilkan baja organik yang berkualiti.




Pembangunan pertanian secara alami dan akrab lingkungan telah lama dikembangkan di Jepun dengan tujuan untuk menghasilkan bahan makanan yang aman serta bebas dari bahan-bahan kimia yang berbahaya dan beracun. Pembangunan pertanian alami ini semula hanya menerapkan system pertanian organic, tetapi ternyata hasilnya relative sedikit atau mempunyai produktivitas rendah.Dalam tahun 1980-an, Prof. Dr. teruo Higa dari University of The Ryukyus, Okinawa Jepun memperkenalkan konsep EM atau Effective Microorganisme (EM) setelah mengadakan penelitian hampir 20 tahun tentang kehidupan mikroorganisme. Dalam penelitian tersebut sekelompok mikroorganisme effective yang bermanfaat oleh Prof. Dr. Teruo Higa telah dikembangkan dan digunakan sebagai salah satu cara memperbaiki kondisi tanah, menekan pertumbuhan mikroba yang menimbulkan penyakit dan memperbaiki effisiensi penggunaan bahan organic oleh tanaman yang kemudian disebut dengan Effective Microorganisme yang di singkat EM.Periode riset professor Higa dimulai sejak tahun 1968 dan untuk pertama kali hasilnya diperkenalkan kepada para ahli dunia. Pada tahun 1980 hasil-hasilnya dibidang pertanian sangat menakjubkan dan para ahli dunia memberikan julukan “microorganisme sakti dari Jepang “ Untuk menandai penemuannya pada tahun 1980 didirikan lembaga “ International Nature Farming Research Center” (INFRC). Para ahli dari berbagai kawasan dunia menginginkan Teknologi EM ini untuk dikembangkan dan tahun 1989 didirikan Asia Pasifik Nature Agriculture Network (APNAN) dan tahun 1991 untuk kawasan Amerika latin/Amerika selatan didirikan “South Amerika Nature Farming Agriculture Network” (SANAN) tahun 1994 didirikan EM Research Organizatioan ( EMRO).Teknologi EM merupakan bioteknologi yang dikembangkan sejalan dengan prinsip-prinsip pertanian yang berwawasan lingkungan, mengurangi atau menekan penggunaan pupuk kimia dan pestisida dengan memanfaatkan system alami untuk meningkatkan produktivitas tanah, mengurangi biaya produksi serta menghasilkan bahan yang tidak terkontaminasi bahan kimia.
Harga Jualan : RM 25/LTR

No comments:

Post a Comment